NAK KULIT FLOWLESS DAN AWET MUDA??

7:17 PTG

Kolagen adalah sejenis protein cytoskeletal yang juga merupakan protein terbanyak dijumpai dalam badan kita. Ia menyumbang kepada kira-kira 6% jisim badan kita. Satu per tiga daripada protein badan anda merupakan kolagen. Ia membentuk 75% kulit kita dan 30% tulang kita. Ia didapati di seluruh badan, termasuklah kulit, otot,tendon dan tulang. Serat Kolagen terjalin bersama seperti benang kain untuk membentuk sebuah rangka bagi pertumbuhan sel-sel baru. Ia merupakan komponen utama tisu rangka dan tisu penghubung, secara langsung berperanan menyokong struktur badan manusia. Kolagen membentuk 70% rawan manakala komposisinya dalam tendon dan ligament pula setinggi 90%.

Apa itu Kolagen?

Mengapa shaklee collagen powder?
Shaklee collagen powder mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (sisik ikan merah)proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang di ekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton. Amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh ramuan utama ekstrak biji camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamn B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.
Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, menakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan sebagainya. Justeru, shaklee collagen powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut.

Kulit flowless dengan collagen powder

Manfaat utama

Tampak lebih muda
  • Kolagen bermanfaat membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan
Rasa lebih muda
  • Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh
  • Kolegen juga mengurangkan kesakitan akibat geseran pada sendi
  • Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.  
Bila kesan penggunaan akan kelihatan?
Kesan penggunaan kolagen shaklee berbeza dari satu pengguna dengan pengguna lain. Kebanyakan pengguna mengalami kesan positif pada kulit sebanyak 71% selepas menggunakannya secara berterusan selama 8 minggu. Antara perubahan tersebut ialah peningkatan jelas dalam kecerahan, keelastikan, kelembutan, kelembapan kulit dan kurangnya kedutan. Perubahan ini mengambil masa lebih kurang 2 bulan disebabkan proses bagi sel-sel lapis terbawah untuk bergerak ke lapisan teratas memerlukan masa sepanjang 1 bulan. Oleh demikian, memanglah penting anda bersabar dan tekad meneruskan penggunaan kolagen shaklee selama 3 bulan sekurang-kurangnya kerana kolagen memerlukan masa yang secukupnya untuk dibina dalam sistem anda.

Untuk info lengkap, cara penggunaan dan pesanan, CALL/SMS/WA 
0136935160.

You Might Also Like

0 comments