, , , ,

PolyCystic Ovarian Syndrome (PCOS)

12:39 PTG

PCOS adalah singkatan PolyCystic Ovarian Syndrome. Cyst ini sebenarnya merupakan kantung folikel berisi telur (dan air) yang tidak dapat membesar sepenuhnya untuk melalui ovulasi. Ia kekal di dalam ovari tidak pecah/diovulasi dan dinamakan cyst (iaitu berjenis follicular cyst).

Dari bulan ke bulan, bilangan cyst ini bertambah menjadi semakin banyak dan membentuk Polycystic Ovary (PCO) iaitu >12 folikel berhampiran permukaan ovari atau ovari bersaiz besar.

normal ovari vs polycystic ovari
Perbezaan antara ovari yang sihat dan polycystic ovari


Ultrasound imej pada ovari yang mengalami PCOS
Ultrasound imej pada ovari yang mengalami PCOS

Individu dikatakan mempunyai PCOS jika didapati mempunyai 2 daripada 3 kriteria berikut,
1. Gangguan ovulasi (sama ada jarang2 atau tiada langsung)
2. Ultrasound menunjukkan PCO (hanya 6-7% wanita dengan PCO didapati mempunyai PCOS)
3. Hiperandrogenism

Sekiranya mempunyai masalah haid (sedikit2 atau tiada selama beberapa bulan), ini mendedahkan individu kepada risiko endometrial hyperplasia dan endometrial cancer. Jika lewat didatangi haid (bukan disebabkan hamil), dapatkanlah pemeriksaan doktor dahulu.. Jangan berlengah lagi ye.

Sekiranya mengalami masalah kesuburan yang disebabkan anovulasi, rawatan semudah ubatan (hormon kesuburan) lazimnya akan diberikan disusuli dengan pemantauan TVS (transvaginal ulrasound). Jika ovulasi masih tidak berhasil, pesakit boleh memilih menjalani pembedahan laparoscopic ovarian drilling. 

Ubah gaya hidup dengan berdisiplin

Jagalah pemakanan, senaman dan berat badan. Ini kerana individu lebih terdedah kepada penyakit Diabetes Mellitus Type 2, lebih2 lagi jika beliau obes (BMI >30kgm2); berusia >40thn dan mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes juga. Sebagai permulaan, buat matlamat menurunkan sebanyak 5% daripada berat badan terkini. Rajin-rajinlah membuat memeriksa tekanan darah dan profil lipid/kolesterol. 

Cadangan saya, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan organic yang tinggi kandungan antioxidant serta bahan basah yang segar. Elakkan pengambilan makanan yang telah diawet dan makanan segera. 

Jangan menggunakan minyak masak lebih dari 2 kali. Malah sekiranya selepas sekali penggunaan, minyak sudar bertukar menjadi kehitaman, tidak perlu menggunakannya lagi.

Pastikan pengambilan suplimen organik setiap hari untuk menampung kekurangan nutrisi harian yang tidak mencukupi atau tidak lengkap bagi memastikan kesihatan badan pada tahap yang optimum. 

Antara suplimen yang saya sarankan bagi mengelakkan atau mengurangkan syndrome PCOS ini adalah GLA complex, ostematrix dan Vivix Shaklee.

GLA complex

Berperanan untuk mengawal selia perubahan hormon ketika antara ovulasi dan haid. Juga turut bertindak melegakan sakit senggugut.

Ostematrix 

Kandungan Kalsium dan Magnesium dalam Ostemetrix dapat membantu meredakan kekejangan otot semasa haid.

Vivix Shaklee

Membaiki kerosakan sel dari peringkat DNA. Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan keupayaan sel untuk menggalakkan pertumbuhan sel sihat serta mengurangkan risiko kerosakan sel. Resveratrol juga membantu menghalang pembentukan radikal bebas yang menjadi punca utama kerosakan sel.

Insyaallah, penggunaan suplimen secara konsisten membantu anda menjalani hidup yang lebih sihat dan positif!



Nafisah Musa
Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa/telegram: 013-6935160

You Might Also Like

0 comments