,

Resepi Buah Meranti Sedap, Berkhasiat dan Ringkas

12:26 PTG

Assalamualaikum.. hari ni cuaca di Bandar Puncak Alam mendung berselang seli dengan gerimis dari pagi.. Bercinta sikit nak ke dapur bila suasana sejuk.. heheh... So saya rancang masak masakan yang ringkas, sedap dan pada masa yang sama berkhasiat. 

Alhamdulillah 2 hari lepas berziarah rumah sahabat, diberinya ole-ole ulam buah meranti dan pucuknya. Sahabat ni memang rajin berkebun ala-ala kebun dapur. Penggemar ulam-ulaman pun yea. Saya banyak belajar dan kenal pasal ulam-ulam ni daripadanya. 

Korang kenal ke macam mana rupanye buah meranti??? Bukan kayu meranti tau! haha... ade yang panggil buah dan pucuk ranti. Pucuknya pahit-pahait sikt sesuai dibuat masak air atau masak lemak. Buahnya saya lebih suka goreng. apa-apa pun tepuk dada tanyalah tekak masing-masing. hahaha... 

Ulam pucuk dan buah meranti ni adalah sayuran jenis organik. Kenapa ia dikategorikan sebagai sayuran organik?? Ini kerana pokok meranti ni tumbuh liar secara semulajadi dan jarang-jarang disembuh racun. Dalam erti kata lain, organik ni penanaman tanpa atau bebas racun yea. 

Pucuk dan buah meranti mempunyai khasiat yang kaya dengan protein, carbohydrate, lemak, karotin, kalsium, ferum, vitamin C dan vitamin B1. Masyaallah, banyak sungguh khasiatnya ye.. maka, "nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan!"

Buah dan pucuk meranti
Inilah buah dan pucuk meranti.

Saya memang tak pernah kenal apatah lagi rasa ulam ni.. Jadikan cerita, saya masak buah meranti ini sebagai menu makan tengah hari. Jom saya kongsikan resepi buah meranti yang sedap, berkhasiat kerana ORGANIK dan yang pasti ianya mudah untuk disediakan. 

Buah meranti (tak perlu dipotong2)
Ikan bilis (ditumbuk sedikit bersama cili padi)
Cili padi (ikut citarasa anda, nak pedas letak la banyak)
Garam secukup rasa
Gula cikit saja
Minyak secukupnya

Resepi Buah Meranti Sedap, Berkhasiat dan Ringkas

Tadaa... dah siap. Jemput makan, bismillah...

Rasanya sedap, sesuai dimakan untuk orang yang tidak gemar ulam-ulaman yang terlalu pahit. Rasa pahitnya cuma sedikit sahaja dihujung lidah. memamg awesome lah.

K, selamat mencuba!



Nafisah Musa
Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160

You Might Also Like

0 comments