Tips Cepat Hamil Dapat Anak Comel

1:54 PTG

Tips Cepat Hamil Dapat Anak Comel

Setiap perkahwinan pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata penyeri hidup mereka. Tapi kadang-kadang kita terlupa, yang Allah tidak menjanjikan hasil dari setiap perkahwinan itu akan hadirnya cahaya mata. Sebagai Muslim, kita diajar untuk berusaha dan bersangka baik kepadaNya.

Pernah satu ketika saya dikata begini,

"Harapkan muka je cantik tapi tak boleh beranak buat ape" sambil mencebek.

Apa respon anda jika berada di tempat saya?

Saya hanya mampu tersenyum. Manusia begini mungkin cetik pemahaman agamanya. Jika dilayan, saya pun sama tarafnya seperti dia. Sabarlah hati.

Saya berkahwin pada usia 27 tahun. Boleh dikatakan agak lewat lah juga. Selepas hampir 3 tahun berkahwin masih juga tidak hamil. Saya dan suami mula berfikir di mana silapnya?

Kahwin lambat

Faktor usia mempengaruhi kesuburan seseorang wanita. Ada wanita yang putus haid pada usia pertengahan 40an. Ibu saya sendiri berkahwin pada usia 16 tahun.  

Tidak dinafikan juga ada makcik yang masih mampu melahirkan anak secara normal pada usia 55 tahun! Masyaallah! Hebatkan? 

Saya melihat sendiri makcik ini ketika sama-sama menunggu masa bersalin. Jika dinilai secara fizikalnya, makcik ni nampak lebih sihat dari wanita hamil lain yang lebih muda. 

Tak salah untuk hamil pada usia lewat. Saidatina Khadijah melahirkan 7 orang cahaya mata untuk Rasulluah pada usia 40an. Siti Nurhaliza pun hamil pada usia 38 tahun setelah puas berikhtiar dan berusaha! Alhamdulillah. 

Tapi ingat, pastikan kesihatan anda pada tahap yang optimum, tiada penyakit darah tinggi atau kencing manis, tidak merokok dan mengambil minuman beralkohol. 

Stress dalaman dan luaran

Soalan yang sama ditanya berkali-kali setiap kali pulang ke kampung bertemu saudara mara juga membuatkan saya rasa tertekan dan hilang keyakinan diri. Kadang-kala malas nak balik kampung dan suka mengelak atau menjauhkan diri dari orang.

Bagi yang bekerjaya, timbunan kerja yang selambak membuatkan anda rasa kepenatan dan tertekan sebab kalau tak siap kena marah pula dengan boss. Keadaan ini saya lalui ketika sedang menyiapkan paper dan thesis master saya. Asal tersalah format walaupun sedikit akan dimarahi atau paling kurang diperli oleh supervisor. 

Stress yang berlebihan perlu dikawal kerana ia boleh mengganggu hormon dan memberi kesan pada kitaran haid. Ini secara tidak langsung menjejaskan tahap kesuburan seseorang. 

Dalam otak kita terdapat kelenjar hypothalamus yang berfungsi mengawal emosi, selera terhadap makanan dan mengeluarkan hormon  FSH  dan LH yang akan merangsang pengeluaran ovum dari ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubung, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH. Ini akan menentukan seseorang akan mengalami ovulasi atau sebalinya pada masa satu-satu masa. 

Di sini saya kongsikan ikhtiar yang telah saya lakukan untuk hamil

Saya amalkan pengambilan suplimen untuk kesuburan iaitu GLA complex, multivitamin Vitalea, B-complex  dan Vitamin C. Suami pula amalkan Vitamin E. Kami amalkan secara konsisten selama 3 bulan. 

Saya dan suami amalkan doa-doa dari al-quran ini, 

doa cepat hamil

doa mohon zuriat yang baik
 Maaf, tulisan tangan saya tidak berapa cantik

doa nurun nubuah

pengertian doa nurun nubuah

Berurut. Pastikan anda cari yang memang pandai betulkan rahim wanita ye. 

Pada masa yang sama saya dan  suami juga membuat rawatan kesuburan. Alhamdulillah, pada temujanji ke 2, saya disahkan hamil! Terkejut dan bersyukurnya tidak terkata!

Moga perkongsian peribadi ini memberi manfaat kepada pasangan yang sedang berusaha untuk memperoleh cahaya mata. Saya doakan anda tabah dan sabar menghadapi ujian ini. 



Nafisah Musa
Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160


You Might Also Like

0 comments