Suplimen boleh digunakan untuk
membantu mengurangkan symptom penyakit kulit seperti jerawat, eczema dan
psoriasis. Menurut pakar kesihatan, mengubah corak pemakanan juga membantu
mengurangkan masalah kulit. Di sini saya kongsikan 5 nutrient yang diperlukan oleh kulit.
Asid lemak - Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepasa EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.
Minyak ikan Omega-3 membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan. Ia bertindak sebagai anti-keradangan yang mana dapat mengurangkan symptom eczema dan pelembab semulajadi kulit. Kekurangan omega 3 dalam diet boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut.
Omega-3 fatty acid boleh didapati
pada jenis ikan laut dalam. Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, menghidapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: Ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.
Vitamin C boleh didapati pada
buah-buahan sitrus seperti anggur, delima, oren, lemon dan sebagainya yang mana khasiat
pada buah-buahan ini juga mengandungi beberapa nutrient penting yang diperlukan
untuk mencantikkan kulit. Anggur muscadine antara anggur merah yang mengandungi khasiat resveratrol (antioksidan) yang tinggi.
Kandungan antioksidan semulajadi
yang tinggi bertindak sebagai anti-keradangan dan memperkuatkan sistem immunisasi
atau pertahanan badan. Vitamin C juga membentuk kolegen dengan memperbaiki
struktur kulit yang rosak akibat jerawat atau psoriasis dan melambatkan proses penuaan.
Selain vitamin C, vitamin E pula
berperanan mengekalkan kelembapan kulit dan mempercepatkan proses penyembuhan
kulit. Monounsaturated fats yang
dikenali sebagai oleic acid bertindak sebagai pelembap semulajadi dan
melembutkan lapisan epidermis kulit. Sumber vitamin E terbaik boleh diperoleh secara
semuljadi daripada buah avocado.
Vitamin A juga merupakan sumber nutrient
penting kulit yang boleh didapati dengan mudah daripada pelbagai buah-buahan
dan sayuran oren seperti lobak, keledek, labu dan sebagainya. Sumber
beta-carotene pada vitamin ini baik untuk perlindungan semulajadi dan menghalang
kerosakan kulit akibat cahaya matahari.
Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160
0 comments