Cara Atasi Pedih Ulu Hati

12:34 PTG

Pernahkah anda mendapatkan rawatan pedih ulu hati daripada doktor? Adakah rasa pedih ulu hati anda benar-benar lega selepas rawatan?

Sebenarnya pedih ulu hati disebabkan oleh radang pada saluran penghadaman esofagus dan perut disebabkan oleh hakisan asid yang terkandung di dalam jus gaster. Jika dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh melarat kepada pembentukan ulser perut dan fibrosis saluran esofagus.

Cara atasi pedih ulu hati

Pesakit yang menghidal penyakit ini juga boleh mengalami simptom-simptom sampingan yang lain iaitu :
  • pedih pada bahagian dada (heartburn)
  • loya selepas makan
  • batuk kronik
  • kerap muntah
  • sakit tekak berpanjangan
  • kerap sendawa
Kebanyakan pesakit mengalami simptom-simptom diatas akan terus mendapatkan rawatan di klinik-klinik berdekatan. Ada di kalangan pesakit rawatan yang diterima hanya bertahan dalam tempoh yang sekejap.

Penyakit pedih ulu hati ini boleh berpunca daripada beberapa faktor, antaranya :
  • corak diet yang tidak teratur
  • gemar mengambil makanan pedas dan berempah
  • gemar minum minuman berkafein, bikarbonat dan minuman keras
  • merokok
  • berat badan berlebihan
  • tidur selepas makan
Tips Rawatan Pedih Ulu Hati
  • Elakkan pengambilan minuman berkafein, bikarbonat, minuman keras, makanan berlemak, pedas dan berminyak
  • Elakkan makan 4 jam sebelum tidur atau minum 2 jam sebelum tidur
  • Kunyah makanan sehingga lumat
  • Elakkan berpakaian ketat
  • Elakkan makan dengan cepat atau banyak pada satu masa
  • Elakkan " MEROKOK "
  • Turunkan berat badan sekiranya berlebihan
  • Tidur secukupnya dan kepala di naikkan sedikit lebih kurang 30°-40° dengan meletakkan beberapa bantal
  • Amalkan pengambilan " AIR SUAM " semasa makan
  • Elakkan pengambilan ubat yang boleh menyebabkan keradangan perut seperti ubat tahan sakit


LEGAKAN PEDIH ULU HATI DENGAN MENGAMBIL SUPLEMEN SEMULAJADI SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN HARIAN 

ESP
Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan. Asid amino ini membantu dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan asid hidroklorik.

PEPPERMINT GINJER PLUS
Pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

ALFALFA
Bersifat alkali mampu meneutralkan kembali asid yang berlebihan di dalam esofagus.

OSTEMATRIX
Suplemen lengkap mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia sangat membantu dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati.


Nafisah Musa
Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160

You Might Also Like

0 comments