Resepi Kek Pandan Kukus Blender Sukatan Cawan

5:20 PTG

Resepi ini saya buat ketika cuti Hari Keputraan Sultan Selangor. Tapi baru hari ini sempat untuk dikongsikan dalam blog. 

En. suami terpaksa berkhidmat ketika cuti umum, maka saya isi masa lapang di rumah dengan anak-anak membuat kek dengan cara yang mudah menggunakan blender sahaja. Lagipun dengan anak kecil, saya tak mahu buang masa membasuh banyak sangat alatan. 

Saya pilih untuk menggunakan pengukus kerana oven di rumah saya rosak. hehe... En. Suami masih belum ada masa untuk baikinya. Si kakak pulak asyik minta buatkan kek untuknya. Oleh itu, sebagai ibu, saya perlu lebih kreatif dan tidak memberikan alasan untuk tidak memenuhi permintaan puteri saya ini. 

Sebelum ini saya pernah mencuba resepi kek pandan blender dari SINI, akan tetapi kek tidak berapa naik dan gebu. Mungkin teknik membuat kek saya tidak berapa bagus.  

Jadinya saya ber 'eksperimen' menggunakan bahan-bahan yang hampir sama (saya tukar dari menggunakan telur gred A ke telur gred B dan minyak jagung ke minyak masak biasa sebab saya tidak suka rasa minyak jagung) dan mengolah sedikit teknik membuatnya. 

Alhamdulillah hasilnya seperti yang saya inginkan. Rasanya tidak terlalu manis, tekstur yang lembut, gebu dan sedap.

 Kek Pandan Kukus Blender Sukatan Cawan
 Kek pandan yang siap untuk dimakan

 Kek Pandan Kukus Blender Sukatan Cawan
Kek pandan yang baru keluar dari pengukus 

Alatan yang perlu ada di rumah untuk menyediakan kek pandan ini
  • Cawan (pastikan guna cawan yang sama ye setiap kali sukatan dibuat)
  • Loyang (saya guna saiz kecil saja lebih kurang diameternya 7")
  • Kertas minyak (kalau tiada poun tak mengapa rasanye sebab nanti sapukan minyak je pada loyang)
  • Blender (Saya guna blender pensonic yang murah tu je)
  • Penapis (saya guna tapis teh je tapi yang saiz besar)
  • Periuk pengukus

Bahan-bahan
  • 3 biji telur (saya guna gred B)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 penutup esen vanila (guna saja penutup botol esen vanila. 1 penutup lebih kurang 1 sudu kecil)
  • 1 penutup perisa pandan
  • 1 penutup pewarna hijau
  • 1 cawan tepung naik sendiri
Cara penyediaan
  • Panaskan pengukus dengan api sederhana.
  • Blend dahulu telur dan gula lebih kurang 2 minit.
  • Kemudian masukkan minyak, susu pekat, ovalette, esen vanila, perisa pandan dan pewarna. teruskan blend lebih kurang 2-3minit.
  • Keluarkan campuran tersebut dalam mangkuk dan tambahkan tepung ke dalamnya sedikit demi sedikit.
  • Letakkan kertas minyak pada loyang dan sapukan minyak pada loyang tersebut bagi mengelakkan kek yang sudah masak melekat.
  • Tuangkan dan tapis adunan tadi ke dalam loyang bagi memastikan tiada ketulan tepung.
  • Kukus selama sejam.
#Sedikit tips

Balut penutup periuk kukus dengan tuala tebal supaya air tidak jatuh pada permukaan kek (Saya pernah cuba guna kain perca tapi tidak menjadi). Rujuk gambar di bawah.

Biarkan kek sejuk lebih kurang 1/2 -1 jam sebelum dipotong.

Teknik mengukus
Teknik mengukus



Selamat Mencuba! :)



Nafisah Musa
Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160

You Might Also Like

0 comments