Sebagai wanita, adalah penting utuk kita mengetahui kepentingan nutrien dalam makanan ketika hamil. Menurut Dr. SooHee Park, Ahli Sains Penyelidikan Kanan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Shaklee Corporation (USA), kekurangan nutrien seperti vitamin B9 (folate) kerap berlaku di kalangan wanita hamil dan wanita yang sedang menyusukan anak.
Untuk pengetahuan semua, masalah kekurangan vitamin B9 semasa hamil boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan kelahiran. Manakala kekurangan zat B12, iodin dan zat besi pula dikaitkan dengan komplikasi lain pada bayi dan ibu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 38% wanita hamil dianggarkan mengalami anemia di Malaysia.
Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, dan pemakanan memainkan peranan penting bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kesuburan berlaku (pra-hamil), kehamilan sihat (pranatal) dan perjalanan sebagai seorang ibu yang sihat terutamanya semasa menyusukan bayi (postnatal).
"Pemakanan adalah kunci dalam semua peringkat kehidupan, terutama semasa jangkamasa reproduktif bagi wanita yang merancang untuk mengandung. Ungkapan ada menyatakan, ibu yang sihat menjamin bayi yang sihat"~ Dr. Soohee Park.
Pemakanan memberi pengaruh penting kepada kehamilan. Pelbagai kajian yang telah dijalankan menunjukkan pemakanan penting bagi membantu wanita mencapai nutrien yang mencukupi untuk kehamiln yang normal dan stabil.
Pengambilan nutrien penting semasa peringkat pranatal dan postnatal kerana
- Mengurangkan risiko anemia kepada ibu
- Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran anak
- Memulihkan kehilangan nutrien semasa tempoh penyusuan badan (postnatal)
- Memudahkan pengurusan berat badan bagi kesihatan (postpartum)
Kalsium merupakan satu lagi nutrien penting untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Kehilangan kalsium daripada tulang ibu akan meningkat bagi memenuhi keperluan bayi jika diet ibu kekurangan kalsium. oleh subab itu, pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting semasa hamil dan sepanjang tempoh penyusuan bagi menjamin kesihatan tulang ibu dan kekuatan tulang dan gigi bayi.
Memiliki kalsium yang cukup membantu ibu-ibu hamil untuk mengurangkan risiko osteoporosis pada peringkat kehidupan mereka yang selanjutnya kerana bagi menyokong pembesaran bayi. Selain daripada kalsium, vitamin D juga penting untuk memudahkan penyerapan kalsium dan mencegah penyakit riket pada bayi dan kanak-kanak.
Asid docosahexaenoic (DHA) merupakan nutrien yang penting kepada bayi semasa fasa hamil dan penyusuan. Nutrien ini penting untuk pembangunan otak, mata dan sistem saraf. Walaubagaimanapun, disebabkan bayi bergantung pada ibu mereka untuk mendapatkan bekalan DHA, maka adalah penting bagi ibu untuk mengambil DHA yang mencukupi. DHA boleh diperoleh dari minyak ikan. Adalah dicadangkan ibu hamil boleh mula mengambil minyak ikan ketika usia kehamilan mencecah 4 bulan.
Pastikan anda mengetahui seba sedikit mengenai asas pemakanan sihat ibu hamil. Belajar dan cuba makan makanan sihat yang memenuhi nutrien lengkap untuk anda dan bayi walaupun anda kadangkala tidak menggemarkannya.
Dapatkan Set Hamil Budget dan Jimat Sekarang!!
Dapatkan Set Hamil Budget dan Jimat Sekarang!!
Shaklee ID: 891950
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160
0 comments