,

Cara Menghilangkan Jerawat Degil Dengan Selamat

10:49 PG



Jerawat adalah penyakit kulit kronik yang disebabkan oleh peningkatan pengeluaran sebum, keratinisasi yang diubah, pengumpulan inflasi, dan kolonisasi bakteria Propionibacterium acnes di bawah permukaan kulit. Ia terjadi pada kulit muka, leher, dada, dan belakang badan. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan jerawat ini banyak dikaitkan dengan penjagaan kebersihan, hormon, diet dan keturunan.

Walaubagaimanapun, kronik atau tidak jerawat yang dihidapi berbeza dari satu individu dengan individu lain. Sesetengah individu hanya perlu menggunakan krim atau produk penjagaan kulit yang tertentu bagi menghilangkan jerawat. Malangnya ada individu yang terpaksa berhabis puluhan ribu semata-mata untuk menghilangkan jerawat degil.

Tidak ada rawatan yang sesuai untuk jerawat. Biasanya kombinasi krim seperti benzoyl peroksida, retinoid, dan antibiotik akan diberikan kepada pesakit bagi mengawal pertumbuhan jerawat. Walaubagaimanapun, penggunaan antibiotik secara oral yang berpanjangan boleh menyumbang kepada rintangan bakteria dalam masyarakat.



Selalunya hampir semua remaja berusia 15-17 tahun akan mengalami masalah jerawat bergantung kepada tahap kroniknya. Dianggarkan 11-13% mengalami jerawat sederhana teruk dan kira-kira 15-20% mengalami jerawat teruk. Telah banyak kajian yang mengkaji  kadar pertumbuhan jerawat pada  usia tertentu akan tetapi masalah jerawat dilihat sebagai penyakit remaja yang sering berterusan hingga dewasa.

Kajian di Jerman mendapati bahawa 64% daripada mereka berusia 20 hingga 29 tahun dan 43% daripada mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun mempunyai jerawat yang jelas kelihatan. Dalam satu kajian lain pula mendapati lebih daripada 2000 orang dewasa (3% lelaki dan 5% wanita) masih mengalami jerawat ringan pada usia 40 hingga 49 tahun. 

Jerawat biasanya bermula pada akil baligh dengan peningkatan pengeluaran lemak muka. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan jerawat. Antaranya termasuklah kitaran haid, hormon, tekanan emosi dan keturunan. Jerawat juga boleh memberi kesan kepada kesihatan psikologi seseorang seperti kemurungan, kebimbangan, rasa malu untuk bersosial dan kurang keyakinan diri. 

Penjagaan kebersihan kulit hanya membantu mengurangkan jerawat. Ini kerana tidak ada bukti yang kukuh bahawa jerawat boleh diubati dengan mencuci muka sahaja. Pembersih kulit antibakteria mungkin boleh menghindarkan jerawat ringan. Walaubagaimanapun, mencuci dan menggosok berlebihan boleh menghilangkan  minyak dari permukaan kulit, mengeringkan kulit dan merangsang lebih banyak pengeluaran minyak. 

Di sini saya kongsikan cara menghilangkan jerawat degil dengan selamat. Adalah dicadangkan agar individu yang mengalami masalah jerawat mengambil suplimen semulajadi, Set Jerawat Budget dan Jimat  yang terdiri daripada;

GLA complex atau Gamma linolenic asid (Kelembapan kulit)
Berfungsi untuk mengawalselia hormon, mengurangkan inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, alergi, kegatalan dan bintik penuaan.

Vitamin C (Melindungi kulit)
Berfungsi untuk membantu dalam pembentukan kolagen dan mencantikkan kulit, mencerah, melambatkan proses penuaan dan membantu menyekat pembentukan pigmentasi.

Vitamin E (Memperbaiki Parut)
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Dapatkan Set Jerawat Budget Dan Jimat Sekarang!!
 Set jerawat budget dan jimat
@

Dapatkan DISKAUN JIMAT ini dengan menghubungi saya,

Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee ID: 891950

COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160

You Might Also Like

0 comments