Cara Pengambilan Vitamin Yang Betul

3:24 PTG

Cara Pengambilan Vitamin Yang Betul

Sebelum saya kongsikan cara pengambilan vitamin yang betul, jom pastikan dahulu anda berada dalam golongan pengamal suplemen yang mana. 

Ada 3 golongan yang mengambil suplemen, iaitu:

1. Golongan yang menjadikan suplemen sebagai ubat. Dah sakit-sakit baru nak makan. Bila hilang sakit, tak makan.

2. Golongan yang menjadikan suplemen sebagai "cover' aktiviti tak sihat. Contohnya seperti makan tidak dijaga, tidak bersenam dan tidak mengawal stress dengan baik.

3. Golongan yang betul-betul mengambil suplemen dengan cara yang betul. Menjaga pemakanan, konsisten bersenam, bijak menangani stress dan mengambil suplemen untuk mengisi lopong nutrisi dan melawan ancaman dari luar seperti pencemaran, radiasi dan sebagainya.

Golongan 1 dan 2 nescaya mudah dapat penyakit dan gaya hidup kurang berkualiti kerana tidak mengamalkan asas kehidupan yang sihat.

Anda mesti jadi golongan ke-3, barulah dapat kecapi kesihatan yang optimum!

Pastikan juga anda tahu bila masa yang sesuai untuk mengambil suplimen dan Mengapa Vitamin Anda Ambil Lambat Bertindak. Jadilah pengamal suplimen yang bijak!

Bila nak makan vitamin ni anda mesti makan dengan cara yang betul. Tapi... Macam mana cara yang betul?

Cara yang betul ambil vitamin ialah sebenarnya dengan menjadikan ia sebagai SUPLEMEN, bukan menu utama.

Supplemen maksudnya 'a thing added to something else in order to complete or enhance it', maknanya kita kena ada 'SOMETHING ELSE' tu dulu barulah suplemen boleh bertindak dengan baik.

Apakah 'something else' itu?
  • MAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG
  • AKTIVITI FIZIKAL YANG KONSISTEN
  • PENGURUSAN EMOSI YANG UNGGUL

'Something else' ini kita kena lengkapkan, barula betul cara makan vitamin.

Ehhhhh kalau dah jaga makan, perlu ke lagi makan vitamin?

Sebab dah jaga makanlah kena makan vitamin. Perkara paling utama:

- Zat makanan sekarang sudah tidak sama macam dulu. Zaman datuk nenek kita, zat dalam makanan sangat tinggi. Sekarang berkurang sangat-sangat. Ada kajian tentang perbezaan ini dibuat sejak 35 tahun dahulu.

- Banyak faktor luar yang rosakkan sel badan kita yang sudah tidak mampu untuk tampung dengan diet harian yang biasa. Kalau dahulu badan kita boleh uruskan sendiri radikal bebas ni, tapi sekarang terlalu banyak hasil dari radiasi, pencemaran, kilang-kilang, kosmetik, hinggalah bahan makanan kita sendiri.

Akhirnya badan kita pun tidak mampu nak bertahan. Maka, tidak hairanlah sekarang orang muda-muda sudah kena macam-macam penyakit.




Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160


You Might Also Like

0 comments