Shaklee Baby Membantu Mengurangkan Masalah Keradangan Kulit Pada Bayi, Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa

5:14 PTG


Penyakit kulit seperti eczema (atopik dermatitis)  adalah penyakit yang senantiasa datang dan pergi. Ianya tidak akan dapat dihilangkan secara sepenuhnya tetapi boleh dikawal seperti penyakit-penyakit kronik yang lain. 

Ini adalah kerana punca utama penyakit tersebut adalah lebih kepada hubungkait antara faktor dalaman dan luaran, bukannya jangkitan kuman semata-mata yang boleh dihilangkan dengan rawatan antibiotik. Penyakit ini seringkali dikaitkan dengan faktor keturunan dan alahan. Ia adalah penyakit radang kulit yang menyebabkan rasa gatal yang teruk serta boleh mengganggu kualiti tidur dan kehidupan seharian. 

Kebiasaannya, ia mula muncul pada kanak-kanak sebelum berusia dua tahun dan seringkali menunjukkan gejala dalam bentuk ‘pasang dan surut’, iaitu ada kalanya kelihatan terkawal dan ada kalanya bertambah teruk. Namun, bagi tahap yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami gejala kegatalan dan radang kulit secara berpanjangan.

Antara tanda-tanda penyakit atopik ekzema ini termasuklah keadaan kulit yang kering, merah dan kelihatan bersisik. Ianya bertambah teruk apabila digaru berulang kali. Sekiranya dibiarkan, kulit akan tercedara akibat kesan garuan yang berterusan menyebabkan kuman boleh memasuki kawasan kulit yang lebih dalam dan mengakibatkan jangkitan. 

Jangkitan ini sekaligus memarakkan lagi kitaran gejala atopik eczema. Tambahan pula, kawasan kulit yang cedera akibat garuan berterusan juga akan meninggalkan parut dan kulit menjadi keras, bersisik dan kering.

Radang kulit ini melibatkan kawasan kulit tertentu mengikut umur pesakit tersebut. Secara umum, ia seringkali melibatkan kawasan muka, badan, hadapan lutut dan belakang siku atau kawasan tidak berlipat di kalangan bayi. 

eczema pada bayi
Eczema pada bayi (kawasan muka dan sekitar mulut)

eczema pada kanak-kanak

eczema pada kanak-kanakeczema pada kanak-kanak
 Eczema pada kanak-kanak

Manakala bagi kanak-kanak yang lebih berumur dan dewasa, ianya seringkali melibatkan kawasan kulit yang belipat seperti belakang lutut, hadapan siku, hadapan pergelangan kaki, tengkuk dan sekitar mata.

Pesakit atopik eczema juga seringkali mengalami beberapa penyakit alahan yang lain seperti radang alahan pada mata (allergic conjunctivitis), alahan pada hidung (allergic rhinitis) dan juga penyakit asma atau lelah (bronchial asthma). 

Ahli keluarga terdekat juga seringkali mengalami masalah kulit atau penyakit alahan yang sama. Penyakit eczema dan alahan ini seringkali menjadi teruk apabila mereka terdedah kepada bahan-bahan yang menggalakkan pengeluaran dan pengaktifan sel-sel radang dan alahan. 

Sebagai contoh makanan laut, cuaca yang panas dan kering, habuk, tekanan atau kemurungan, hama mahupun akibat jangkitan kuman. Apa yang memeranjatkan adalah bahan-bahan yang terdapat dalam produk pencuci muka dan badan juga mampu meningkatkan keradangan kulit pada pesakit eczema.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda memilih Set Penjagaan Kulit Bayi yang Selamat, Lembut dan Organik  bagi mengatasi masalah radang kulit yang berpanjangan.  Ia boleh digunakan untuk semua peringkat umur tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. 

Produk Penjagaan Kulit Organik: Untuk Bayi, Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa


Dapatkan Shakleebaby Sekarang!!
 Shakleebaby
@

Dapatkan DISKAUN JIMAT ini dengan menghubungi saya,


Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee ID: 891950

COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160

You Might Also Like

0 comments