Polifenol adalah phytochemicals (bahan kimia yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan yang boleh memberi kesan kesihatan yang baik untuk kesihatan) yang terdiri daripada beberapa kelas antaranya phenolic acid, flavonoids, stilbenes and lignans.
Terdapat banyak kajian saintifik yang menunjukkan atau membuktikan bahawa polifenol bertindak sebagai anti-oksidan dengan mencegah aktiviti oksidasi LDL (low density lipoprotein), mencegah penggumpalan pletlet dan kerosakan sel darah merah. Ia juga bertindak sebagai anti-kanser dan anti-mikrob.
Ekstark buah-buahan, herba, sayuran dan cereal sangat kaya dengan polifenol . Resveratrol adalah sejenis polifenol iaitu stilbenes yang memberi kesan anti-kanser dalam banyak kajian berasakan tumbuhan seperti anggur dan buah beri.
(Rujukan: Yogeshwer Shukla and Richa Singh Proteomics, 2011. Resveratrol and cellular mechanisms of cancer prevention, Annals of the New York Academy of Sciences)
Dianggarkan seramai 29 million orang di US sahaja telah menderita diabetis type-2. Berdasarkan kajian ke atas model haiwan dan manusia, polifenol didapati mengawal kandungan gula dalam darah, mengurangkan kerintangan insulin dan menurunkan keradangan.
Kelebihan polifenol ini membantu menghalang komplikasi jangka masa panjang diabetis (kencing manis) termasuk cardiovascular disease (sakit jantung) neuropathy (kerosakan pada saraf periferi yang menyebabkan kelemahan, kebas dan sakit, biasanya di tangan dan kaki) dan retinopathy (penyakit retina yang disebabkan oleh diabetes, yang melibatkan kerosakan pada saluran darah kecil di belakang mata).
- Mengawalatur penyerapan glukosa dalam darah
- Meningkatkan sensitiviti insulin dalam menukarkan glucosa kelada tenaga
- Merangsang rembesan insulin yang lebih awal supaya gula dalam darah dapat ditukarkan dengan kadar yang segera
- Meningkatkan kadar pemecahan glukosa
Ubah corak pemakanan juga penting bagi mengawal dan mengurangkan kencing manis yang dihadapi.
Nafisah Musa
Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160
0 comments