Senaman Baik Untuk Otak

10:57 PG

senaman untuk otak

Senaman bukan sahaja baik untuk badan tetapi juga baik untuk otak. Salah satunya yang popular ialah senaman aerobik. Senaman mungkin cara mudah bagi seseorang untuk mengurangkan risiko kehilangan memori dan menghidap Alzheimer walaupun mempunyai genetik terhadap risiko untuk menghidap penyakit ini. 

Orang yang meluangkan masa sekurang-kurangnya 68 minit sehari dengan hanya membuat aktiviti fizikal  secara sederhana mempunyai metabolisma glukosa yang lebih baik berbanding orang yang kurang melakukannya.

Bersenam mungkin mampu meningkatkan kesihatan otak melalui pelbagai cara. Ia membuatkan kadar degupan jantung bertambah laju dan meningkatkan aliran darah ke otak. Ia satu perkara yang baik kerana darah menghantar oksigen ke otak  memandangkan otak merupakan pengguna oksigen yang terbanyak di dalam tubuh badan.

Kebaikan senaman untuk otak melangkaui pencegahan penyakit. Kajian bersiri oleh Profesor Madya Ozioma Okonkwo dari Sekolah Perubatan dan Kesihatan Awam Universiti Wisconsin membuktikan senaman aerobik mampu menguatkan struktur otak, fungsi dan  kognisi. 

Senaman aerobik seperti berlari dan berenang muncul sebagai senaman yang terbaik untuk kesihatan otak. Ini kerana ia mampu meningkatkan kadar degupan jantung yang sekaligus menyebabkan badan mengepam lebih banyak darah ke otak. 

Bersenam juga meningkatkan tahap faktor neurotropik yang diperoleh di mana ia membantu memperbaik pulih dan melindungi sel-sel otak dan sel saraf yang baharu.

Selain aktiviti fizikal, otak juga perlukan omega-3 untuk meningkatkan prestasi  mental, membantu memperbaiki mood, menguatkan memori dan mengurangkan risiko nyanyuk.

Bagi ibu-ibu mengandung, ia menggalakkan pertumbuhan otak bayi yang sihat lebih-lebih lagi pada trimester ke-3. Ini kerana, omega-3, terutamanya DHA adalah komponen penting untuk perkembangan otak.



Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160

You Might Also Like

0 comments