Tips Membeli Produk Shaklee Yang Tulen Dengan Kualiti Terbaik

4:43 PTG

e-dagang

Ramai yang belum tahu sebenarnya, pembelian produk Shaklee dari laman web perniagaan e-dagang adalah tidak diperakui oleh syarikat Shaklee sendiri.

Yelah, pembeli semestinya tidak tahu, jadi ini bukanlah salah pembeli pun. Di sini saya kongsikan tips membeli produk Shaklee yang tulen dengan kualiti terbaik.

Pengguna suka membeli dari e-dagang ini kerana harganya jauh lebih murah dari harga yang ditetapkan TANPA mengetahui banyak risiko yang bakal ditempuhi selepas pembelian nanti.

Contohnya risiko yang bakal ditempuh pembeli :

1. Tidak tahu cara pengambilan vitamin yang sepatutnya berdasarkan jenis masalah yang dihadapi.
Selain dari membaca label (jika baca) mereka sepatutnya mendapat panduan cara makan vitamin yang betul dari pengedar yang disahkan Shaklee. Barulah anda tahu Mengapa Vitamin Anda Makan Lambat Bertindak.

2. Tarikh luput vitamin tersebut tidak diketahui

3. Sesiapa yang membeli dari talian e-dagang ini tidak mendapat akses jaminan dari pihak syarikat.

4. Ketulenan produk tidak dapat disahkan.

Masalah ini berpunca dari kurangnya info yang diperluaskan mengenai pemberitahuan dari Syarikat seperti yang tertera pada gambar memo yang dinaikkan dalam posting ini.

Sebenarnya, menjadi satu kesalahan yang besar kepada peniaga online yang memasukkan produk Vitamin Semulajadi Shaklee ini ke dalam talian e-dagang ini.

Tindakan mereka tidak diperakui dan tidak disahkan oleh syarikat.

Malahan, meletakkan harga yang jauh lebih murah dari harga pembelian kos juga menyalahi undang undang.

Tindakan ini juga mengganggu hak peniaga lain yang mengakibatkan kerosakan pasaran.

Nampaknya, tindakan ini juga sebenarnya menjejaskan hak peniaga sesama pembeli dan hak peniaga sesama peniaga.

Satu perkara penting yang perlu masyarakat tahu :

Kenapa Syarikat Shaklee melantik Pengedar Sah Shaklee dan memberi perakuan hanya kepada golongan ini untuk mengedarkan vitamin mereka kepada pengguna?

Ini kerana, mereka ingin memastikan bahawa selepas pembelian, pengguna tersebut mendapat konsultasi khas bersama ilmu agar pengguna tersebut merasai kesan sebenar pengambilan vitamin ini.

Ini dinamakan servis selepas pembelian.
Kualiti vitamin yang tersohor di dunia ini dijaga dengan cara ini supaya pengguna dapat merasai manfaat yang mereka perlukan.

Jika kita membeli dari sumber yang tidak diperakui dan salah, apatah lagi sumber yang dibeli itu adalah benda yang diambil untuk kesihatan badan, yang masuk ke dalam badan menjadi darah daging, bagaimana pula kesan ke atas diri kita sendiri?

Berhati hatilah ya.

Semoga selepas ini, anda memilih saluran pembelian yang betul dan berbaloi dengan harga yang dibelanjakan untuk meningkatkan kesihatan harian.

Semoga info ini memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hak dan saluran jalan yang betul untuk mendapatkan vitamin semulajadi selamat ini.
notis ketulinan produk shaklee

notis ketulinan produk shaklee


Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
sms/wa: 013-6935160

You Might Also Like

0 comments