Pantai Puteri Destinasi Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu

1:10 PTG

Pantai Puteri Tempat Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu

Pantai Puteri Destinasi Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu. Inilah dia kampung saya. Di mana Pantai Puteri ni? Pantai Puteri terletak di Pengkalan Perigi, Tanjung Kling Melaka.   

Cuti Tahun Baru Cina yang lepas saya sekeluarga meluangkan masa berkelah di sini. Biasalah percutian budget tanpa perlu keluarkan wang beratus ringgit untuk hotel atau homestay. Sepanjang pantai ni redup kerana terdapat pokok rhu yang meredupkan pantai. 

So, kalau korang nak mandi dari pagi hingga jam 12 tengah hari masih redup lagi la. Jangan lupa tepek sun block cream kat muka ye, kalau tak boleh tahan kesan sun burn kat muka. hehe... Saya guna Moisturizer YOUTH je, melindungi kulit dari cahaya matahari. Yang penting takde bahan kimia, selamat dan semulajadi. Sayangi kulit anda... bawa la payung dan kacamata hitam. kurang sikit terdedah secara terus dengan matahari. Anak kecil dan baby saya sapukan lotion Shakleebaby

Pantai Puteri Tempat Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu

Pantai Puteri Tempat Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu

Masa zaman saya kecil dahulu, pantai ni sangat selamat untuk aktiviti berkelah sebab pantainya yang berpasir dan cetek tepiannya. Bila air surut, saya boleh berjalan kaki ke beting di tengah laut. memang sangat seronok. Tapi sejak Petronas buka cawangannya di sini, mereka terpaksa korek dan dalamkan pantai ini untuk laluan kapal. Maka, tepian pantai ini menjadi sedikit dalam. Tiada lagi beting yang kelihatan ketika air laut surut. 

Saya hanya bawa tikar dan makanan dari rumah saja. Yang bestnya, sambil-sambil menikmati keindahan pantai, bole beli ikan segar yang baru naik dari laut. Nelayan di sekitar perkampungan ni akan jual anak-anak ikan segar dengan harga yang sangat murah.  Memang sedap kalau dimakan masakan dari ikan segar, manis rasa ikannya... masyaallah, tak terkata nikmatNya. 

Kalau cuti panjang atau hujung minggu biasa, ramai orang luar yang akan datang untuk aktiviti hari keluarga. Ada juga stage yang boleh disewa untuk aktiviti yang besar. harga sewanya saya tak pasti. 

Pantai Puteri Tempat Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu

Pantai Puteri Tempat Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu


Pantai Puteri Tempat Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu

Kadang kala ada pertandingan memancing... fuhh, time ni memang sesaklah jalan sekitar kampung. Kaki pancing akan bawa keluarga berkhemah dan bermalam kat tepi pantai. Banyak juga homestay penduduk kampung, kondo dan hotel seperti hotel Majlis Agama Islam Melaka yang berhadapan dengan laut. boleh survey. Saya takda contact nombor sebab... rumah nenek saya memang dekat sini. Kami lepas mandi-manda akan jalan kaki balik mandi di rumah. Banyak syok!

Pada yang nak rasa naik kuda atau unta berhias boleh la dapatkan disini. Harga yang dikenakan saya tak pasti tapi anda akan dibawa ronda-ronda di tepi pantai ni lah. 

Pantai Puteri Tempat Menarik Pilihan Keluarga Berhujung Minggu

Apa yang menarik sekitar Pantai Puteri ni?

Kalau malam minggu memang ada pasar malam di sepanjang jalan berhadapan dengan pantai.  Penat juga lah nak berjalan. panjang pasar malamnya. Banyak juga kedai makan seafood yang beroperasi waktu malam. Nak rasa roti John sedap bole datang ke Restauran Barakath. Menu popular reatauran ni roti John dan ayam golek. 

Saya dan keluarga kalau balik kampung akan beli roti John ni. Apa yang lainnya? Eh, memang lain sangat lah dari roti John KL. hehehe... Apa yang saya tahu roti John KL isinya telur dan sayur kobis plus sos cili atau mayonis kan? Pada saya itu bukan roti John tapi roti telor.. 

Cuba korang rasa roti John kat sini... intinya sardin dan bilis yang dikisar... ada bawang cikit.. takde sayur kobis, sos dan mayonis di tengahnya. Sos akan dicicah berasingan ye..

Pantai Puteri ni juga berdekatan dengan pasar basah yang jual ikan segar juga. tapi masa ikan naik tak menentu la ye. Selalunya pukul 10 pagi atau 4-6 petang. Kalau rajin menunggu, silakan. Pasar nelayan ni korang bole dapatkan belacan, cencalok, ikan masin dan ikan segar pada harga yang berpatutan. 

Pasar nelayan Pantai Puteri

Pasar nelayan Pantai Puteri

Ada juga nelayan yang jual terus dari bot mereka. Berebut-rebut orang membeli ikan segar ni. Nelayan-nelayan ni akan bagi je anak-anak ikan free pada pelanggan mereka. Memang rambang mata la tengok ikan bersinar-sinar segar dari laut. 


Pasar nelayan Pantai Puteri



Apa lagi, jom plan percutian budget ke sini!


You Might Also Like

4 comments

  1. best nya boleh main air pantai dengan anak-anak

    BalasPadam
  2. kalau ayah saya, suka betul beli ikan fresh yang baru sampai dari laut..sanggup drive jauh2 semata-mata nak beli ikan fresh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy mmg setiap bulan 2x akan beli stok ikan segar. Jauh bukan penghalang. Hehe

      Padam