Resepi Cekodok Pisang Blender

12:00 PG

Bismillah

Alhamdulillah di luar sana awan dah berarak mendung. Walaupun begitu bahang panas masih terasa. Petang ni saya plan nak buat cekodok pisang. Ada 4 biji pisang berangan yang dah masak ranum dalam peti sejuk. Pisang kalau dah masak sangat memang tak lalu dah nak makan. Buat cekodok atau lempeng pisang memang laju la masuk ke mulut. 

Saya dah banyak kali buat try and error untuk cekodok pisang yang lembut di dalam tapi rangup di luar. Kadang-kadang jadi dan ada juga yang tak jadi. hahaha. Nampak macam senang, cekodok  pisang jeee... Tapi praktikalnya tidak semudah yang disangka. Sebab tu mak-mak kita selalu pesan, kena rajin masuk ke dapur. Omputeh kata "practice make perfect". 

Untuk ibu yang super busy macam saya memanglah kalau boleh nak masak hari-hari untuk keluarga. So saya lebih cenderung memilih resepi yang kalau boleh dah ringkas nak diringkaskan lagi. hehe... bukan sebab malas tau tapi nak jimatkan masa. Gunakan lah teknologi yang ada dengan sebaiknya. Maka terhasil lah resepi cekodok pisang blender cara saya. 

Bagi yang pakar memasak, maaf jangan kecam cara saya ye. Anda berhak memilih cara yang terbaik. Kalau berminat nak cuba resepi saya ni, silakan. 

Resepi Cekodok Pisang Blender:

2 cawan tepung gandum
5 biji pisang (saya guna pisang berangan  saiz sederhana)
Gula merah (saya agak-agak jer)
1 sudu kecil soda bicarbonate

Cara-caranya:

Blend semua bahan-bahan di atas kecuali tepung gandum. Lihat gambar di bawah. Saya tambah sedikit air kalu blender tersekat. jangan banyak ye. Selepas itu masukkan dalam mangkuk dan gaul sedikit demi sedikit dengan tepung gandum. Pastikan adunan likat, melekat-lekat ditangan. bukan macam cekodok biasa tau dan bukan juga macam doh. Dah sebati, biarkan adunan tadi rehat selama lebih kurang 20-30 minit sebelum menggoreng dengan api sederhana kecil. Saya gunakan sudu teh untuk masukan adunan ke dalam kuali sedikit-demi sedikit. 

Ok, selamat mencuba!


You Might Also Like

0 comments