Resepi Kuey Teow Kungfu Simple Tapi Sedap

9:00 PG

Bismillah

Hujung minggu yang lepas saya masak menu best sikit untuk family. Maklum lah, selalu hari bekerja masak yang simple jer. Yang pasti saya memang akan masak untuk family setiap hari melainkan ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. Gigih ye saya ni? heheh... Air tangan isteri, ibu ni yang buatkan anak-anak dan suami sentiasa rindu kat i tau. 

Pada saya, tinggi mana pun pangkat saya ditempat kerja, saya tetap akan ke dapur. Tak tahu masak, belajar. Zaman moden ni banyak jer sumber yang boleh dirujuk. Kalau yang dah terrer masak boleh la cuba menu baru pulak! 

Apa yang penting, MASAK adalah resepi memikat anak-anak dan suami (mood membebel). Ok jom kita lihat resepi Kuey Teow Kungfu Simple Tapi Sedap saya ni. Bahan-bahan hanya untuk 3-4 orang ye. 

resepi kuew teow kufsu simple dan sedap

Bahan-bahan untuk kuah:
4 ulas bawang putih
1 biji cili hidup
2 biji cili padi
10 ekor udang sederhana besar (udang je yang ada dalam peti)
Kalau ada sotong, daging atau ayam boleh letak juga (lagi sedap)
Daun sup
Lobak
Sawi
Putik jagung
Kobis bunga
3 sudu besar minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Air 500-600mL (agak-agak lah ye. Ikut saiz periuk)

Bahan-bahan untuk mee:
2 biji telur
Kuey teow mee
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-caranya penyediaan kuah:
Tumbuk bawang putih bersama cili hidup/cili padi (tak perlu lah sampai lumat sangat). Panaskan minyak sikit, dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Pastu masukkan sos tiram, air, gula, garam, udang, sotong, ayam dan bancuhan tepung jagung (guna air biasa). Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sayur-sayauran. 


resepi kuew teow kufsu simple dan sedap

Cara-cara penyediaan kuew teow:
Basuh kuey  teow dan toskan. Pecahkan 2 biji telur dan pukul sedikit. Kemudian masukkan kuew teow dan gaul rata. Panaskan minyak sedikit dan pastikan anda ratakan minyak tersebut pada kuali supaya mee tak melekat nanti. Rujuk gambar di bawah.

resepi kuew teow kufsu simple dan sedap


resepi kuew teow kufsu simple dan sedap


Selamat Mencuba!


Anda boleh juga cuba resepi mee hailam simple dari saya.


Ikhlas,

Ibu yang sedang struggle menghabiskan phd tahun ini juga! Huwaaa... memasak hilangkan stress saya!

You Might Also Like

0 comments