Takdir Bukan Alasan Malas Berusaha
Takdir ada 2 jenis:
(#1) Takdir pilihan tuhan, bukan pilihan kita. Contohnya, ditakdirkan lahir sebagai rakyat Malaysia, bukan orang London. Lagi, takdir hidung pesek & kembang, tak mancung macam Shah Rukh Khan.
(#2) Takdir yang kita sendiri cari pasal. Contohnya, gagal exam kolej sebab kita tak study & siapkan assignement. Contoh lain, bisnes terus lingkup sebab tak urus kewangan & tak buat marketing.
Jangan keliru antara keduanya. Jika keliru, kita akan berakhir dengan sikap menyalahkan tuhan atas sesuatu yang kita sendiri pilih. Jika ada mentor, untung. Mentor boleh tolong tegur. Tapi kalau bisnes sendirian, nahas.
Sikit-sikit, salahkan takdir.
"...nak buat macam mana kak, rezeki saya dah tertulis sebegini saja". Padahal, share sekali habuk pun tak tak pernah. Kalau ada sekalipun, sekadar copy & paste saja.
"...memang dah nasib saya kak, miskin begini. Ada RM100,000? Saya nak pinjam. Esok bayar". Nak tak miskin macam mana kalau usaha malas? Ingat yang kaya tu bangun tidur, terus jutawan?
"...OK la ni mak, matematik saya 27%. Orang lain lagi teruk, 5% je mak". Pang! Pandai pula tempeleng anak kalau dia bagi alasan sebegini. Sebab kita tahu, dia memang tak siapkan homework matematik pun.
Ya, benar.
Tuhan menyuruh kita sentiasa bersyukur. Sebab, sesusah mana pun kita, pasti ada yang lebih susah lagi. Di sini, Tuhan nak kita belajar terima takdir yang DIA dah tentukan; yang #1 tu tadi.
Tapi, Tuhan tidak mahu kita malas cuma mengharapkan bantuan orang. Sebab DIA juga dah beri nikmat pada kita (ada akal, cukup anggota, dsb). Yang kita pilih untuk tidak gunakan sebaiknya tu, kenapa?
Jadi, jangan sesekali menyalahkan takdir kalau kita belum cukup berusaha. Sales masih belum sejuta? Pastikan usaha semacam sales RM5 juta. Lambat laun, Tuhan pasti berikan hasil sewajarnya. Sebab, Tuhan itu Maha Adil.
Lagi info Bisnes Online
Tiga Kesilapan Peniaga Online
Dugaan Dan Rintangan Dalam Bisnes Online
Gambar Cantik Jadikan Sales Lagi Lentik
Perbezaan MLM Shaklee Dan MLM Lain
Tips Jana Pendapatan Lumayan Dengan Bisnes Shaklee
10 Keistimewaan Bisnes Shaklee
Tiga Kesilapan Peniaga Online
Dugaan Dan Rintangan Dalam Bisnes Online
Gambar Cantik Jadikan Sales Lagi Lentik
Perbezaan MLM Shaklee Dan MLM Lain
Tips Jana Pendapatan Lumayan Dengan Bisnes Shaklee
10 Keistimewaan Bisnes Shaklee
Nak bebas hutang PTPTN? Nak cari duit EXTRA bantu suami?
Join saya dalam #projekRM1500Smart. Saya guide anda sampai jadi.
Hubungi saya,
013-6935160
Pengguna dan Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee ID: 891950
COD Puncak Alam/UiTM Puncak Alam
0 comments