Tips Mudah Dapat Kelulusan Housing Loan
10:47 PG
Tips Mudah Dapat Kelulusan Housing Loan
Selain gaji tetap, pendapatan yang dipandang oleh bank adalah berdasarkan berikut :
1. Elaun- Contohnya elaun kedatangan, elaun petrol yang diambil kira selepas penolakan caruman KWSP.
2. Hasil sewa- 80% daripada hasil sewaan hartanah dikira sebagai pendapatan oleh bank. Pastikan mempunyai perjanjian sewa sebagai bukti pendapatan. Masukkan kutipan sewa dalam akaun bank sebagai bukti traksaksi.
3. Bonus- 80% daripada hasil purata nilai bulanan bonus akan di ambil bank selepas nilai bonus tahunan dibahagi se cara puratan dengan nilai bulanan.
4. Dividen- Contohnya dividen ASB, Tabung Haji dan koperasi.
5. Komisen- Pendapatan komisen seperti ejen takaful, ejen easily atau ejen Shaklee. Pastikan komisen di masukkan ke dalam akaun sebagai transaksi yang konsisten. Bank akan ambil 70% daripada nilai komisen.
RAHSIA ambik hati bank --> Cari sumber pendapatan tambahan daripada perniagaan yang berbentuk komisen sebab ia adalah PENDAPATAN TANPA HAD.
Gaji,elaun dan bonus adalah PENDAPATAN TERHAD.
0 comments