Tips Tidur Berkualiti

12:14 PTG

tips tidur berkualiti

Amalkan tidur yang cukup supaya esok tak terlangkup

Sekiranya anda betul-betul fokus nak berjaya dalam hidup, anda perlu ubah tabiat tidur. Sebab benda sekecil ini kalau anda tak ubah akan jadi rutin yang menyebabkan anda tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Tips Tidur Berkualiti

1. Sebelum nak tidur, baca sekurang-kurangnya 1 jam. Part ni ramai orang suka, tapi masalahnya ramai yang baca facebook, whatsaps, gosip. No no no no, tolong tukar bahan bacaan anda kepada buku yang bermanfaat contohnya tentang bisnes, cara closing, janji tambah ilmu bukan tambah dosa tau!

2. Tolong jauhkan diri dari gajet sebelum tidur. Cahaya lampu dari handphone atau tablet akan menyebabkan penghantaran signal pada badan dan cakap 'masih siang lagi, masih siang lagi' walaupun masa tu dah pukul 2.30 pagi. So bila bangun badan anda akan masih letih dan tak bermaya seterusnya menjejaskan kualiti tidur dan kualiti kerja anda pada hari tu.

3. Muhasabah diri sebelum tidur merupakan salah satu cara nak reset minda kita dan bersihkan minda serta hati kita. Sebelum tidur reflek balik apa yang kita dah buat hari ni dan fikir macamana nak improve diri. Apa amal kebaikan yang anda buat hari ini dan banyak ke keburukan yang anda buat hari ini. Dari situ cuba niatkan diri untuk jadi hamba yang lebih baik dalam esoknya kerana tuhan.

4. Plan untuk hari esok pada hari ini. Sebelum anda tidur listkan apa yang perlu dibuat esok supaya bila bangun kepala otak kita dah boleh terus nak selesaikan , so tak perlu nak berangan pikir apa lagi perlu buat, kelam kabut nak buat, sampai hari dah malam tak sempat nak buat apa-apa. 

Jadi pada asasnya hari esok adalah dari malam sebelum anda tidur yang menentukan anda terlangkup atau berjaya. Bila tidur awal, anda boleh bangun awal untuk selesaikan perkara asas hari itu dan dari tidur yang cukup akan menjadikan anda orang berjaya.

Ubah sekarang kalau tak sampai bila-bila pon macam tuuuu je

Jangan lupa like dan kongsikan pada orang sekitar anda supaya dapat manfaat bersama.

You Might Also Like

0 comments