Resepi Asam Pedas Melaka

11:59 PG

Assalamualaikum, hari Jumaat pertama bulan Ramadhan ni saya nak berkongsi dengan teman-teman diluar sana Resepi Asam Pedas Melaka. Anak jati Melaka kalau tak tahu masak asam pedas memang tak patut. 

Ramai yang dah pernah buat asam pedas ni. Tapi mungkin ada sedikit kelainan dari resepi  saya ni. Saya menurun resepi ni dari mak saya sendiri. Lama juga mencuba untuk dapatkan rasa yang sama seperti asam pedas mak. hehehe... Kadang-kadang yang buatkan rasa tu berbeza walaupun menggunakan resepi yang sama sebab teknik dan keikhlasan itu berbeza. Ntah la, andai ada kesungguhan untuk mencuba, insyaallah berjaya. Yang penting niat untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga.

So anda dah boleh cuba untuk menu berbuka pose petang ni atau mungkin hujung minggu nanti. Baik jom kita intai Resepi Asam Pedas Melaka ni.

Bahan-bahan (untuk 4 orang):
Ikan tenggiri 4 ketul
Cili blender 5 sudu kuah
Bawang besar 1 biji (saiz besar/dihiris)
Bawang putih 3 ulas (dihiris)
Kunyit hidup (besar ibu jari)
Secubit halba
Bendi 
Daun kesom 3 tangkai
Garam (secukup rasa)
Gula (1 sudu kecil)
Asam jawa (seketul kecik)
Air 
Minyak masak

Resepi Asam Pedas Melaka

Cara memasak:
Panaskan minyak. Masukkan halba terlebih dahulu kemudian bawang besar, bawang putih dan kunyit. Kacau sampai naik bau kemudian masukkan cili. Teruskan menumis sehingga cili tadi garing. Sementara tunggu cili garing, laju-laju sediakan semangkuk air asam jawa. Yang ni jangan terlalu banyak ya sebab nanti kalau terlebih asam akan beri kesan pada rasa. Cili dah garing masukkan air asam jawa tadi, kacau hingga sebati. Kalau likat kuahnya top up air guna asam jawa tadi. agak-agak lah ya. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan ikan, bendi dan daun kesom. 

#Sedikit tips
Saya menggunakan hirisan bawang, bukan bawang yang diblender. Ini kerana bawang blender akak berikan rasa yang kurang sedap. 

Kunyit lebih mudah ditumbuk sekiranya anda campurkan dengan sedikit garam.

Saya tak pernah gunakan perasa MSG dalam masakan saya. Sebab itu saya gunakan sedikit gula. 

Mengikut apa yang saya belajar dari mak sendiri, bahan asam pedas ni bergantung juga pada citarasa masing-masing. Contohnya, andai anda suka rasa daun kesom dan bunga kantan, silakan. 

Orang tua-tua di kampung saya jika masak asam pedas ni ketika kenduri, mereka akan sediakan asam pedas ni mengikut jenis ikan yang digunakan. Contoh, ikan tenggiri- gunakan daun limau purut sahaja tanpa sayur-sayuran lain, ikan pari-gunakan daun kesom, bunga kantan dan bendi, ikan pelaling/kembung-guna bendi dan tomato.

Bergantung pada citarasa masing-masing ya. Anda cuba dulu baru tahu. Rasakan perbezaan guna ikan besar vs ikan kecil. 

Resepi Asam Pedas Melaka

Itu dia asam pedas ori Melaka mariii... Saya suka buat lempeng kosong /cekodok/ cakoi untuk dicicah dengan kuah asam pedas ni buat santapan petang. Senang kan. Memang sedap! 

Selamat Mencuba!


Koleksi Resepi  

You Might Also Like

0 comments