Contoh Surat Rayuan Haji Kepada TH

11:26 PG

Contoh Surat Rayuan Haji Kepada TH









Kalau post saya sebelum ini mengenai Tips Persiapan Bakal Haji dan Umrah, tapi kali ini saya kongsikan pula contoh surat rayuan haji kepada TH. Permohonan Rayuan Haji selalunya dibuka pada hujung tahun iaitu pada bulan Disember.


Saya sendiri telah pergi ke kaunter tabung haji untuk bertanyakan cara bagaimana untuk tercalon sebagai jemaah haji pada tahun berikutnya. Untuk kes saya lain sedikit kerana saya telah pun dipanggil untuk menunaikan haji tetapi terpaksa menolak tawaran tersebut atas sebab yang tak dapat dielakkan.


Sekiranya kes anda seperti saya, anda dikehendaki menghantar surat rayuan seperti contoh surat rayuan haji kepada Tabung Haji ini. Cuma objektif atau alasannya sahaja ditukar dan menyatakan kesediaan anda untuk dipanggil menunaikan haji. Jika ingin memohon untuk ibubapa yang sudah berusia, pastikan faktor USIA ditulis sebagai sebab utama.


Saya dimaklumkan oleh pegawai Tabung Haji, untuk kes seperti saya, pihak Tabung Haji akan menawarkan tarikh haji pada bila-bila masa sekiranya terdapat kekosongan. Oleh itu, saya dinasihatkan untuk sentiasa bersedia sekiranya dipanggil untuk ke Tanah Suci.


Contoh Surat Rayuan Haji Kepada TH

Nama Suami & No Akaun Tabung Haji
Nama Isteri & No Akaun Tabung Haji
Alamat
No. Tel: (penting untuk dihubungi)
__________


16 November 2016
Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Banguana Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur



Tuan,

RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1440 H/ 2019 M

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
Untuk makluman tuan, kami telah membuat pendaftaran haji di Tabung Haji Cawangan XXXX pada tahun 2009 dan disenaraikan untuk ke sana pada tahun 2017 M.
Justeru itu, kami memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk memperoleh penempatan ibadah haji pada tahun 1441H/2020 berdasarkan perkara berikut:

1.Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan keadaan kesihatan di masa akan datang.
2. Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang.
3. Anak-anak sudah bersekolah dan tidak ada yang mengambil peperiksaan besar pada tahun ini.
4. Kami sudah mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid XXXX
5. Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk mengerjakan Haji.

Besarlah harapan kami sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan diberi peluang mengerjakan Rukun Islam ke -5 pada tahun ini. Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih


Yang benar,
.....................                       .....................
Nama Suami                       Nama Isteri
No Kad Pengenalan:         No Kad Pengenalan:


Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi
Tabung Haji Contact Center di talian ☎03-62071919

Humma Labbaik!

Salam lambaian Kaabah 🕋




Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:
Set Travel Haji dan Umrah Shaklee
Tips Persiapan Bakal Haji dan Umrah




You Might Also Like

0 comments