Tips Memilih Set Berpantang Terbaik

12:54 PTG

Tips Memilih Set Berpantang Terbaik


Bila kandungan masuk trimester ke 3, para ibu akan mula gelisah mencari-cari set berpantang terbaik. Kegelisahan ini akan lebih dirasai terutama sekali bagi ibu yang mengandung anak pertama.


Bagi yang pernah ada pengalaman menggunakan set berpantang, pastinya akan cuba mencari set berpantang yang lebih baik dari sebelumnya.


Ya, tidak dinafikan "pengalaman adalah guru yang terbaik"


Melalui pengalaman, anda belajar menentukan kesesuaian set berpantang terbaik untuk diri sendiri. Ini kerana setiap individu tidak mempunyai keserasian terhadap satu-satu produk dengan individu lain.


Ikuti Tips memilih set berpantang terbaik ini sebagai panduan


1. Pilih set berpantang yang membantu mempercepatkan luka bersalin sembuh


Cara_mempercepatkan_luka_bersalin_sembuh


Bagi ibu yang bersalin normal akan mengalami koyakan ketika melahirkan. Koyakan ini bergantung kepada beberapa tahap. Ia bermula dari satu koyakan kecil pada kulit yang lazimnya pulih sendiri dan tidak memerlukan jahitan hinggalah kepada koyakan yang lebih mendalam yang melibatkan otot-otot dan kulit. Jenis koyakan dalam ini memerlukan jahitan.

 Kesakitan akan lebih dirasai bila ibu melahirkan secara pembedahan atau caesarean. Set berpantang terbaik berperanan membantu mempercepatkan luka bersalin sembuh supaya ibu tidak menderita menanggung sakit luka bersalin untuk tempoh masa yang panjang.



2. Pilih set berpantang yang membantu mengembalikan bentuk tubuh kembali langsing 


cara_mengembalikan_bentuk_tubuh_kembali_langsing_selepas_bersalin


Semua wanita mengidamkan bentuk badan seperti anak dara selepas bersalin. Sudah menjadi kebiasaan bagi wanita bersalin mengalami berat badan berlebihan dari berat sebelum hamil.


Perubahan ini normal dan boleh di atasi dengan pengambilan set berpantang yang boleh membantu anda mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk badan serta menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk bayi.


3. Pilih set berpantang yang mengikut kriteria Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


set_berpantang_mengikut_kriteria_KKM


Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan KKM terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Produk berdaftar adalah terjamin daripada segi Keselamatan, Kualiti dan Keberkesanan.


Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label keselamatan Hologram pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.


Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut.



4. Pilih set berpantang yang membantu mengatasi masalah sembelit 


masalah_sembelit_ibu_berpantang


Ibu ketika awal tempoh  berpantang sebaiknya mengelakkan pengambilan jamu.  Pengambilan  jamu  boleh menyebabkan reaksi badan berasa panas sekiranya ibu tidak minum air dengan kerap dan ini mendorong kepada masalah sembelit. Pemilihan set berpantang terbaik mampu melegakan ketakutan ibu berpantang setiap kali ke tandas. Selain itu, jamu perlu dielakkan bagi mengelakan penyakit kuning kepada bayi.



5. Pilih set berpantang yang membantu memeriahkan susu badan


susu_badan_meriah


Tidak seperti susu formula, susu ibu mengandungi nutrisi terbaik untuk perkembangan bayi.  Susu badan yang meriah mampu menjamin kesihatan bayi. Ini kerana para ibu dinasihatkan agar memberikan bayi susu ibu sekerap mungkin bagi mengurangkan penyakit kuning.


Bagi ibu yang bekerja, susu badan yang meriah membantu ibu menyimpan stok susu untuk digunakan ketika kembali bekerja.



Moga Tips Memilih Set Berpantang Terbaik ini dapat membantu para ibu membuat pemilihan dengan bijak!




Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Tips Pemilihan Serum dan Cara Penggunaannya Mengikut Jenis Kulit



You Might Also Like

0 comments