About Me

Bismillahirrahmanirrahim... 

Mungkin anda tertanya-tanya siapa saya yang sebenarnya. Saya Nafisah Musa, Independent Destributor yang sah (ID:891950) untuk produk Shaklee (Malaysia). Saya bukan sahaja pengedar produk Shaklee malah pengguna tegar suplimen ini dari tahun 2012. 

Saya merupakan seorang isteri, ibu kepada 2 orang anak kecil dan juga pelajar "Doctor of Philosophy (Pharmaceutics)" di Fakulti Farmasi UiTM.  Tajuk penyelidikan saya ialah "Design of folate-tagged chitosan-pectin nanoparticles for oral 5-fluorouracil colon-specific delivery through in-situ intracapsular coating for colon cancer treatment".  

Kajian saya ini berkaitan dengan penghasilan ubat anti-kanser dalam saiz nano bagi mengubati pesakit kanser usus. Ubat yang terhasil ini akan saya jalankan ujikaji ke atas tikus species Sprague Dawley bagi melihat keberkesanannya melawan sel kanser. Kajian ke atas haiwan ini meliputi pharmacokinetic, pharmacodynamic termasuk histology, aberrant crypt foci identification, colonic drug content dan toxicity study. 

Buat masa ini saya sedang menyiapkan kertas penyelidikan pertama disusuli kertas penyelidikan kedua untuk diterbitkan di peringkat international. Pada masa yang sama, saya juga sedaya upaya menyiapkan thesis. Insyaallah moga target saya untuk menghantar full thesis pada tahun hadapan tercapai. Ameen. 

Kehidupan pelajar pasca siswazah amat mencabar dan pada saya cabarannya tidak sehebat sewaktu saya mengambil ijazah sarjana. Pengajian pada peringkat kedoktoran dugaannya 2 kali ganda dari sarjana. Insyaallah, saya akan berkongsi tips, kisah suka duka dan sebagainya buat panduan yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat ini. Berikut adalah Kertas penyelidikan sarjana saya yang telah diterbitkan. 

Scientific journal

Scientific journal

Moga journal-journal ini memberi kekuatan kepada saya untuk menamatkan phD dengan lebih baik. 

Harapan saya agar Allah memberi kesembuhan dan ganjaran yang lebih baik kepada mereka yang sedang mengharungi kesakitan tidak kira walau apapun penyakit yang dihadapi. 


Sekian.